Anonymous

My photo
music and comics - perfect getaway.

Tuesday, 20 December 2011

Hikayat Sang Penghubung

Assalammualaikum pembuka kata.
Alkisah, maka tersebutlah kisah wujudnya gerangan seorang hamba diberi nama Sang Penghubung. Hatta tercatatlah sejarah purbawara bahawa menatang sedemikian tugas gerangan yakni untuk menghubungkan sang ibu yang bingung mencari anaknya merayau di The Spring, Sepasang kekasut kekasih yang dilanda ombak rindu dan tidak lupa dua sahabat sejati yang sedang membuat kerja rumah Geografi. 

Sang Penghubung hamba yang pertama kalinya berkhidmat diberi nama Hang Archuleta.



Berkidmat 2 tahun setia dengan tuan hamba.. Sayangnya, mati lemas dalam tab mandi. Tragis sekali.


Lantas, hamba mencari pengganti segenap pelusuk kota. Hamba menemui Hang Lerman. Kacukan. Agak tampan. Terpikat hamba. Pandai bersyair hatta berseloka.




Sayangnya, Diktator Barat yang dikenali sekalian alam warga SainsKu sebagai McWarden telah menculik Hang Lerman lantas dibawa berlayar. Sekali lagi, hamba berduka selama bepurnama lamanya.

Pencarian hamba diteruskan. Hamba bertemu Hang Henderson. Baik budi pekerti orangnya. Senang dibawa berunding. Sebangsa pulak dengan Hang Lerman. KLMJ* pulak hamba.


rupa beliau sedang baring tepi kolam awam

Perkhidmatan beliau bagai hulubalang diraja menyenangkan hati hamba. Memandangkan hamba tinggal di negara jajahan McWarden, hamba terpaksa melepaskan Hang Henderson kepada Tun Farhanot. Hamba mendapat khabar mereka saling dilamun cinta. Alangkah girangnya hamba.

Maka, moleklah dikhabarkan sekarang hamba bersama Hang Merlin.
Satu-satunya wireless yang beliau ada ialah wireless FM. Hebak dok?

nama saintifik beliau lg 0168. harap maklum.

Hamba kekeringan idea sebenarnya. BM hamba juga se'broken BI hamba. Bahasa Iban hamba sahaja yang lulus cemerlang. 

Hamba tetap ohsem!

dan hamba tukar fikiran hendak berhenti blogging. Nisa Gay is back on track! 

Sekian.

Adios

p.s ticket event Starry Night masih available. Please check
previous entry
Starry Night~
and the event page

Starry Night's Event Page 
Trimas! 

2 comments:

NISA GAY said...

durjana sungguh Mcwarden itu..snggup membawa ekspress music mu brlayar d atas ekspress sungai rajang..ish3...

Qadriah M Isnadi Khallid said...

@NISA GAY , semestinya adabi terserlah kedurjanaannya, dahla naik express free sahaja. huh