Anonymous

My photo
music and comics - perfect getaway.

Sunday, 6 November 2011

Tenet oh Tenet

Assalammualaikum..
Hampir 72 jam aku terputus hubungan dengan dunia luar dek kerana bradband kena potong. Tiba-tiba, seolah-olah a glimmer of hope muncul pabila kau melihat ikon di bawah.
Wi-fi! Terlompat-lompat dan terkinja-kinja seperti kijang menang nombor ekor pulak aku.
“Aku tamaen la 4D ni braderrrrr” tuntas Si Kijang putus ekor.
Tak semena-mena selepas aku klik ikon yang membawa 1001 satu makna itu hatta keluarlah pop-up yang sunggoh annoying yakni menjengkelkan.

Aku ingat la kan one for all, all for one. FOC. Haprak kau. Mende percuma dunia ni Laila oi??
Habaq mai. Takda.
Semakin pilu hati ku nan kerdil ini pabila attempt aku untuk menjadi hacker yang tidak berapa nak bertauliah tidak berjaya. Makin frust lalu tertonggeng aku.
Maka, tiada jalan keluar mahupun jalan masuk apatah lagi sidewalk mahupun shortcut bagi masalah yang buntu tahap gaban ini. Aku makin tensyen. Tapi dek kerana masalah ini juga akhirnya aku berjaya meluangkan masa dengan benda-benda yang aku langsong takda masa nak buat selama ni.
Setiapa yang berlaku ada hikmahnya kan?
Sekian.
Adios.


No comments: